KHASIAT MINYAK ZAITUN
Minyak Zaitun Boleh Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit??
Amalkan
gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan
berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu,
kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm
badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat
badan...
MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?
Sesuatu
yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa
mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan
minyak zaitun.
Tumbuhan
zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah
ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda,
tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan
vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan
adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap,
berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan
dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau
digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah
zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.
Kebanyakan
minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya.
Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang
jernih di pasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah
zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar
asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap
penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa
dalam masakan.
Minyak
zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran
(kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih
sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya
yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang
terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah
memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak
zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit
jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan
membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan
kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular,
arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
Menurut
ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh
digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan
prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual.
Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan
mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas
masalah sembelit.
Pengambilan
lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko
sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri
wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman,
mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan
ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi
boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.
Menurut
statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk
Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di
Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia
boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan
kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung
boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran
dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun
mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit
jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut
berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi
punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko
sakit jantung koronari dan serangan jantung.
Kajian
yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health"
dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak
zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko
menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam
minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca
kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital
Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata
membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian
lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang
menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr
Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health
Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di
28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada
dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan
daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi
kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang
risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada
badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.
CARA PENGAMBILAN:
1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2.
Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh
minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka,
biarkan selama 3 jam, cuci).
3.
Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6
sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada
anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).